Pemandangan keseluruhan perpustakaan mini SKPT1
Isnin, 17 September 2012
Jumaat, 7 September 2012
PROGRAM TAHUNAN PPKI
PROGRAM-PROGRAM TAHUN 2012
1. Kelas Celik Huruf
2. Klinik Bahasa
3. Kelas Celik Nombor
4. Sambutan Hari Jadi
5. Raja Tambah
6. Raja Tolak
7. My Lovely Calendar
8. Hari Terbuka Pendidikan Khas
9. Lawatan Sosial— Camerion Highland
10. Hari Keluarga Pendidikan Khas
11. Kunjungan Raya 2012
12. Jamuan Tahunan
13. Hari Hijau— kitar semula
14. Program Keceriaan Kelas
15. Projek Kebun Pendidikan Khas
16. Jualan
17. Projek Pertanian
18. Terapi Air, fisioterapi dan lain-lain
Pelan aktiviti Perpustakaan Mini PPKI SKPT1
Aktiviti bulan September 2012 :
- Pertandingan mendeklamasi sajak Merdeka
- Pertandingan Mewarna
- Rekod-rekod pinjaman.
- Lawatan- perpustakaan sekolah
- Mengemaskini data NILAM
Aktiviti bulan Oktober 2012 :
- Pertandingan keratan Akhbar
- Mengemaskini ruang pameran.
- Pemantapan data-data Nilam.
- Kemaskini data Nilam.
Aktiviti PMPK 3
Aktiviti ini merupakan program sambil belajar di Pusat Jalur Lebar Felda Palong Timur. Murid didedahkan dengan penggunaan teknologi jalur lebar dan kepentingannya. Di akhir aktiviti, murid dapat mempelajari dan menggunakan komputer dengan teknologi jalur lebar, Murid PPKI juga menjadi ahli komuniti Pusat Jalur Lebar.
Aktiviti PMPK 2
Lawatan Sambil Belajar ke Taman Rama-Rama Melaka juga memberi pengetahuan serta pengalaman yang menarik kepada murid PPKI. Mereka dapat mempelajari spesies dan habitat rama-rama serta mengenal pelbagai jenis haiwan yang terdapat di dalam taman ini.
Aktiviti PMPK
Antara aktivit di bawah Perpustakaan Mini :
Pendidikan Luar ke Kuala Lumpur ( merentasi Jambatan Menara KLCC ) Pengalaman merentasi jambatan tersebut menjadikan murid PPKI dapat membuang perasaan takut berada di tempat yang tinggi dan melihat pemandangan Kuala Lumpur serta mempelajari tentang sejarah KLCC.
Rabu, 5 September 2012
Aktiviti Pinjaman Buku PMPK
Pustakawan PMPK sedang mencatatkan pinjaman buku yang di buat oleh murid PK. Pustakawan ini akan melaksanakan tugasan mereka mengikut jadual bertugas yang telah disediakan
Ruang Belajar Individu
Ruang Belajar Individu ini disediakan di dalam PMPK bertujuan agar murid dapat meningkatkan tahap tumpuan dengan belajar sendiri dengan bimbingan guru. Meja ini digunakan oleh murid bagi tujuan pembacaan kendiri dan menyiapkan lembaran kerja tanpa gangguan rakan lain.
Sudut akhbar
Sudut surat khabar untuk bacaan semua murid dan guru.
Jenis surat khabar yang disediakan adalah Berita Harian
Sudut Bacaan
Sudut bacaan di dalam PMPK ini digunakan oleh murid untuk membaca bahan bacaan yang disediakan khas untuk mereka.
Sudut bacaan menempatkan bahan bacaan cerita-cerita Teladan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Meja Bacaan
Meja bacaan ini digunakan oleh murid PK untuk membaca buku dan surat khabar yang terdapat di PMPK. Ianya juga dijadikan sebagai tempat bagi murid menyiapkan lembaran kerja yang disediakan oleh guru.
PONDOK ILMU PMPK
Pondok ilmu ini digunakan oleh murid PK untuk membaca bahan bacaan yang disediakan dan sebagai tempat pembelajaran dalam memupuk sikap membaca.
RAK BUKU DAN MAJALAH
Rak buku dan Majalah didalam PMPK menempatkan lebih 220 Buah Buku termasuk Buku Fiksyen Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Buku Rujukan Buku Redspot dan sebagainya.
Papan Kenyataan PMPK
Papan kenyataan ini mengandungi Jawatankuasa Induk dan Jawatan kuasa kerja PMPK 2012, Jadual bertugas serta jadual penggunaan PMPK serta maklumat berkaitan PMPK SK LKTP Palong Timur 1
KEISTIMEWAAN PMPK SKPT1
KEISTIMEWAAN PMPK SKPT1
Inovasi : Konsep Kelas Dalam Perpustakaaan Mini
RASIONAL : Perpustakaan Mini adalah pengembangan dari perpustakaan sekolah sebagai tempat untuk koleksi bahan cetak. Ianya perlu memberi tafsiran kepada peranannya yang lebih meluas dengan pelbagai bahan secara keseluruhannya yang diurus secara sistematik. Konsep Kelas Dalam Perpustakaaan Mini membawa maksud seluruh persekitaran fizikal kelas adalah merupakan sumber ilmu. Adalah diharapkan dengan penjenamaan konsep ini dapat :
5M
Meningkatkan mutu pengajaran & pembelajaran dan potensi
individu serta sahsiah
|
Menggalakan murid dan guru menggunakan pelbagai kemudahan
pembelajaran.
|
Memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan menyelidik
melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik.
|
Membantu murid dan guru menghasil, menilai dan menggunakan
pelbagai alatan dan bahan pengajaran & pembelajaran
|
Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan
pembelajaran yang berbeza
|
Melatih murid mengguna kemahiran maklumat dalam
proses pembelajaran.
KEKUATAN
Penekanan kepada Program NILAM
- Sila rujuk Rekod Data NILAM berakhir Sept 2012 |
Langgan:
Catatan (Atom)